Tuesday, January 17, 2012

Yang Patut or Tak Patut

Sekurang-kurangnya saya patut beri sikit gambar konvo kan? Atau gambar berjalan-jalan ke sana bersama keluarga.

Atau sekurang-kurangnya buat perkara-perkara yg produktif.

Hmmmm

Saya memang ada banyak perkara/perancangan nak buat yg betul-betul perlu dilaksanakan dengan semangat, azam dan kesungguhan. Tapi, betullah kata diri sendiri kepada orang sedikit masa dulu...

"Terlalu banyak berfikir menjadikan anda lebih lambat bertindak."

Ahah. Sila, sila jilat ludah sendiri semula. Sila tampar wajah di dalam cermin dengan lembut, tapi penuh kesedaran.

Well, sesetengah perkara perlukan pemikiran dan perancangan yg rapi dan lama.

Dan sesetengah perkara yg lain pula hanya perlukan gerak hati dan tindakan spontan.

Apapun, dalam kedua-dua kes, kita takkan tahu mana yg patut kita lakukan untuk memberikan hasil yg baik dan melegakan kita di masa depan. Only Allah knows kan?

Jadi, hiduplah! Dan bertindaklah!

p/s : Mode - procrastinate

Sunday, December 25, 2011

Penat

Saya dah 3 hari pulang ke tanah air untuk kebaikan. Eh bunyi pelik.

Tapi 3 hari ini kerja saya asyik tidooooo je. Inilah penangan asyik tidur 3 jam sahaja sepanjang 2 minggu bercuti di sana. Bukan sengaja wooo. Kalau anda di tempat saya, baru anda mengerti kenapa saya begitu dan sudahnya jadi begini bila pulang. Well, tak nak cerita panjang sebab semua tu dah berakhir dan saya dah selamat pulang alhamdulillah...

Banyak nak update di sini. Tentang perkhemahan permata 2011 yg best!! Tentang percutian perjalanan ke New Zealand, Tasmania dan Melbourne. Tentang graduasi yeah~ yeah yeah~~ Dan tentang hidup. Tapi buat masa ini, saya cuma nak tidur sampai bosan, kemudian baru kemas luggage yg berkoyan-koyan itu. Kemudian, baru normal sket.

Well, baru-baru ini saya rasa cepat dan mudah penat. Adakah penangan tulang spina ke-12? Wallahualam.

Tentang entry lepas, keputusan yg saya buat adalah tidak pergi. Walaupun perjalanan mereka best dan seronok, dan walaupun ada yg sedih saya tak pergi (haha so cute la awak~) dan sedikit dengki saya dibuatnya, tapi, hasil keputusan tersebut, banyak juga perkara yg saya dapat selesaikan sebelum bertolak ke negara orang. Alhamdulillah...

Oh, terima kasih pada Aboo sebab bawa saya berjalan ke Taman Botani hari ini~

Sehingga saya rasa normal sedikit dan rajin nak menulis banyak, jagalah diri dan hati dengan baik.

A tear runs forever inside a broken heart.
Wahhhh~

Saturday, December 10, 2011

Nak Pergi!

Esok hari ahad. Ahad terakhir dalam kem permatapintar yeay~ Saya telah berusaha bermacam-macam hingga berjaya sampai akhirnya saya berjaya juga hendak bermusafir ke Raub, Pahang mengikuti rombongan kelas Green Technology (menyempit je kan??). Setelah 2 minggu berpoyo-poyo. Akhirnya, insyaAllah.....

NAMUN BEGITU,

Saya ada terlalu banyak lagi urusan belum mampu diselesaikan berkenaan keberangkatan sekeluarga ke New Zealand dan Australia bermula isnin ini.

MAKA,

Saya dalam dilema samaada perlu teruskan niat ke Raub dengan gembira tapi sebenarnya otak berat nak selesaikan macam-macam hal....

atau

Tak pergi Raub, kemudian berpoyo-poyo selesaikan hal untuk bercuti ini.

How?

- - - - - - -

Yang pasti, kalau nak berasa lega, kena siapkan dulu yg lebih penting. Kemudian, insyaAllah kesenangan lain akan menyusul.

Hmmmmm

Tuesday, December 6, 2011

Win-Win Situation?


Saya harap, dua-dua menang dalam situasi ini.
Ya, dalam situasi yang saya putuskan begitu.

Tanya balik, 'yang saya putuskan begitu?'
Betul ke?

.......

Tidak.
Anda yang mahukannya begitu.
Anda yang jadikannya begitu.
Anda yang biarkannya jadi begitu.

.......

Win-win situation?
Tak lah. Saya kalah. Kalah teruk. Kalah sangat teruk.
Saya rasa sangat susah.
Tapi sekurang-kurangnya, saya menangkan anda.
Harap anda tidak sia-siakan kemenangan anda.

Hiduplah dengan menang.

.......

"...ya, saya kehilangan orang yang saya cintai. Tetapi, dia kehilangan orang yang menyintainya sepenuh dan setulus hati, menyokong dan membantunya, berbangga dengan kelebihannya, menerima dan menyukai kekurangannya, dan mendoakannya..."


Thursday, December 1, 2011

Dah Sebulan

Ya, saya dah sebulan pulang ke tanah air. Dan tinggal 10 hari lagi untuk terbang kembali membawa pulang segulung ijazah sarjana dan berbeg-beg-beg barang. Fuh!

"Apsal balik tak bagitahu?? Senyap je...."
"Saje.. hehe.."

A'ah, memang saja. Sebab balik ni kononnya tak mahu sibuk-sibuk. Mahu rileks-rileks berehat dan mengembalikan keremajaan kulit dan diri di rumah. Cewahh! Tapi kesudahannya, bak kata Ai, "A'ai yg aku kenal tak pernah tak buat apa-apa, tak pernah tak sibuk..."

Fine Ai, fine.

Maka, begitulah. Dah 2 minggu bekerja jadi cikgu di kem PERMATApintar. Tapi dah hampir 3 minggu di kem ni. Kebanyakkan masa masih tetap di rumah. Bahagia berumahtangga bersama keluarga tak sama dengan bahagia berumahtangga bersama rakan atau keluarga kecil sendiri. Wahhh propa! Maka, baiklah balik rumah dan bersenang-senang bersama keluarga~

Well, perancangan masa depan masih belum mahu jelas lagi oleh otak sendiri. Masih rasa malas atau sebenarnya samar-samar dan masih belum mahu terima hakikat yg banyakkkkkk lagi perkara nak buat.

Ok, terpaksa mengaku, saya sudah semakin kurang tabah.

Bila bercerita kepada rakan-rakan UKM bahawa saya sudah bukan Aisyah yg dulu, sikitttt pun mereka tak percaya. Aihh.. Begitu tinggi sekali kepercayaan mereka kepada diri dan ketabahan saya. Well, mungkin saya perlu percaya saja kepada kata-kata mereka dan terus berdoa. Mana tahu satu masa nanti diri kembali menjadi seperti itu. Well, who knows kan?

Yang pasti, saya baru diagnosis yg tulang vertebra saya yg ke-12, tidak sihat. Begitu juga dengan tulang pelviks. Patutlah akhir-akhir ni sangat mudah letih. Hmmm tak tahulah apa yg saya dah lakukan pada diri sampai boleh begitu. Apapun, yg pasti, Allah sedang ingatkan saya untuk kembali menjaga kesihatan diri. Allah ingatkan saya untuk kembali kepada sunnatullah, kembali menjadi manusia dan khalifah bumi. Paling penting, kembali menjadi hambaNya yg manusia.

Ok baik, banyak report nak kena submit ni sebelum nama yg glamer ni muncul dalam mesyuarat jawatankuasa untuk perkara tak best!

Wednesday, November 30, 2011

Friday, October 21, 2011

Merinduimu

yee saya tahu saya tak patut bloggingggg. tapi tetap mahu juga sebab rasa mahu coret ini sebelum terlupa atau depresi sebab tak dapat meluah perasaan. wahh!

...beberapa hari ini saya terkenang seseorang. Anak kecil yg saya kenal sekitar jun lepas.

- - - - -

Pertama kali saya jumpa dia, saya tak jangka akan jumpa dia sebenarnya. Dia salam tangan dan cium kedua pipi saya. Kemudian saya duduk sebelah dia. Tenung dia lama-lama. Comel budaknya. Iras ibunya.

Saya luangkan masa selama hampir 5 jam bersama dia.
Temankan dia makan.
Teman tengok tv.
Suapkan dia nasi ayam dengan sup tanpa ayam.
Teman main lumba kereta lepas dapat free dari kfc.
Teman main bowling.
Dia ajar saya pin bowling boleh disusun bermacam corak - diamond, square...ok tu je yg ingat. Ni mesti menurun ni sampai semua tu dia ingat.
Kemudian makan choki-choki sama-sama.
Kemudian tengok tv lagi sambil berbual-bual.
Kemudian tepuk-tepuk dia sebab ingat dia nak tidur, tapi rupanya dia penat main kereta dengan boling selang seli dengan tengok tv.
Kemudian sama-sama ke dapur nak minum air. Ingatkan air kosong rupa-rupanya air revive!
Oh saya dah rosakkan sel anak kecil ke?? *panik!*

Kemudian kami ke depan tv semula. Tiba-tiba dia peluk kaki saya dengan kuat dan cakap dengan senyuman anak kecil yg...well, you know, ikhlas dan memaksudkannya - "Sayang auntie!"

Saya? Serius tersentap.

Kemudian bila kami perlu berpisah, dia salam saya lagi. Kemudian dia pun pergi. Saya tak tahu bila lagi saya boleh jumpa dia... Tapi, saya dah mula sukakan dia T_T Itu pedih...

Tak lama selepas itu, saya dimaklumkan dia bertanyakan saya bila melihat orang tuanya balik ke rumah - "Mana auntie?"

Rupa-rupanya, dia bercerita kepada orang sekelilingnya tentang saya. Serius saya sentap.....

Saya tak tahu kalau masa yg kami luangkan bersama tu meninggalkan kesan dalam hidup dia. Saya sangat berharap saya tidak meninggalkan sebarang kesan, ingatan atau kasih sayang dalam hidup dia. Sebab saya tahu itu semua tidak sihat untuk dia dan keluarga, apatah lagi saya.. Sebab saya akan merindukan dia kalau saya dah mula sayang dia sangat. Itu juga pedih...

Kemudian saya diceritakan lagi. Bila ditanya, 'Suka auntie?', Pantas dia jawab "Suka!"
Dengan senyuman katanya...

Menghampiri raya lepas, dia mahu bercakap dengan saya. Malangnya saya sedang mengambil giliran memandu pulang ke kampung dari ayahanda. Dua kali dia cuba bercakap dengan saya. Bila dia tak dapat menghubungi saya, katanya dia kelihatan kecewa, kemudian kata, "Auntie tidur agaknya..."

Kesekian kali saya tersentap...

- - - - - - - -

Saya rindukan dia. Sungguh.

Andai saya rindukan Orked, saya masih boleh menelefon Orked kemudian dengar dia menceceh bercakap bahasa bayi nak ke toddler. Atau melihat dia di skype dan dengar dia menjerit-jerit panggil saya "Ai! Ai!" lepas tu senyap tak tahu macammana nak cakap di mulut tapi saya tahu minda bayi dia nak beritahu saya sesuatu. Ataupun bila untung lebih sikit dapat dengar dia menangis. Bayi itu dari kecil agak susah menangis kalau bukan sebab merajuk.

...tapi anak kecil itu....

Saya cuma mampu rindukan dia dan mendoakan dia baik-baik sahaja. Aduhai.. sungguh saya rindukan dia. Sudah 2 kali menangis tanpa sedar kerana merindukan dia... T_T Itu. Sangat. Pedih. Perasaannya samalah macam mencintai seseorang namun takkan mungkin memiliki.

Over tak? Yess. Over. Tapi itulah yg benar...

Oh Allah, ujian apalah yg sedang Kau hadiahkan kepada hamba kali ini? SubhanaAllah...