Friday, August 21, 2009

BTN

Aku dididik dari kecil supaya menjauhi kursus, seminar dan lain-lain yg bersifat kenegaraan. Contoh terbaik dan paling berjaya, aku ditegah daripada mengikuti Program Latihan Khidmat Negara batch pertama atas sebab 'unsur kenegaraan'. Lepas tu selama 4 tahun berturut-turut, surat arahan serupa masih dihantar ke rumah aku. Dan aku gunakan alasan yg sama untuk menolak menghadiri program tersebut. Oh, alasan kesihatanlah. Ceh, bunyi macam aku sakit teruk pulak. Tak da lah. Cuma alasan tu boleh diguna-pakai dengan jayanya.
Tapi kali ni, bila diarahkan untuk menghadiri BTN, HAHA aku gelak sendiri. Akhirnya aku kena gak pergi kursus kenegaraan macam ni. Dapat surat Rabu pagi, esoknya dah kena ada di Kem Ulu Sepri, Rembau. Tengok senarai pakaian wajib yg ada baju kurung putih+kain hitam, aku dah malas fikir nak beli pinjam ke apa semua, pakai je yg ada. Adik-adik bagi gak pinjam baju, tp sebab baju diorang dah kuning berbelang biru, maka aku nekad pakai baju nikah blink blink. Tak kisahlah. Eh eh, apa ni buat kontroversi. HAHA

Pooh pulak baru balik BTN untuk bakal-bakal guru, jadi sedikit-sebanyak dia bagi tips. Kebanyakan mereka yg dekat-dekat mak ayah hantar sampai tempat kem. Tapi ayah aku ni memang lecturer sejati, dia seboleh-bolehnya nak ajar anak dara nakal dia ni berdikari. Malam Rabu sedang aku dengan mak berbincang tentang kem 5 hari 4 malam di penginapan terbaik Ulu Sepri di kaki gunung tersebut, ayahanda dah tanya siap-siap, "Esok nak pergi macammana?"
Dan sebagai anak yg dah faham bahasa, aku pun dengan machonya jawab, "Dengan kembara." Uish, tapi gediknya, malam tu memang aku berasa nak sangat mak dengan abah yg hantar macam anak tak pernah berdikari manja tak hingat. Ceh, sampai ke pagi sebelum pergi aku masih berasa begitu. Siap nangis lagi masa salam cium mak dengan pesanan "Ampunkan salah silap kita pada mak. Halalkan makan minum kita," yang akhirnya membuatkan mak terpinga-pinga dan bergenang air mata sambil kata "Kau ni kenapa ni Ai.."
Ye la, biasanya kalau orang cakap macam tu, maknanya macam dia nak pergi jauh...yg macam tak balik-balik dah. Aih, jangan fikir gitu. Sebaik-baiknya kan kita selalu minta ampun maaf, halal makan minum dengan mak ayah tak kira kita ke mana. Kiranya bila aku nak pergi jauuuuh sikit dari rumah, bolehlah buat ayat-ayat syahdu macam tu bikin ibu rindu. Ewah. Gedik sungguh perasaan ketika itu. Macam anak siapa-siapa ntah yg kena drive sendiri pagi-pagi pergi BTN tak ada kawan atau teman. Ok, sebenarnya masa tu tengah lunatik, jadi, memang emosi terus melankolik sikit. Sudah, perkataan nak bombastik. Abaikan drama keluarga tersebut.

Seriously, mencari kem ini, untuk orang pertama kali nak pergi, pemikiran yg tak henti-henti wujud ialah "Eh sesat ke?" walhal dah mengikut setiap inci jalan kebenaran yg terpapar dalam peta yg diberi. Clear direction, signboard pun banyak, tapi sebab sampai dah jauuuuh ke dalam ladang kelapa sawit, ke kawasan kampung dan hampir ke kaki gunung, terus tak konfiden ada penempatan dalam hutan. Tapi syok woo cari jalan ke kem ni, sejuk dan damai aje suasana, membuatkan pemanduan aku maintain pada kadar 50-60km/jam dari simpang paling akhir ke kem ni, itupun dalam keadaan jalan lengang tak hingat. HAHAHA sendiri kagum dengan diri sendiri mampu bawa seperlahan itu. Eh, boleh aje..kalau menikmati keindahan alam dan kesegaran pagi dengan baik tanpa sebarang kekangan lain (macam masa bekerjaya dulu T_____T)

Lalu, ternampaklah kem ni. Woo. Cute. Itu ajelah ekspresi aku pertama kali berlegar-legar masuk ke kawasan tu. Nampak selesa, dan tidak menyusahkan. Dan sesungguhnya, itu jugalah yg aku rasa sepanjang percutian (asyik bercuti je) 5 hari 4 malam di Kem Ulu Sepri. Kalau selama ni aku di-bobrokkan (wahhh lama tak guna perkataan ni!) dengan cerita-ceriti kem kenegaraan ni berfungsi sebagai washing machine minda warga Malaysia untuk setia pada pemerintah (sediaada), untuk pengalaman pertama kali ni, aku rasa TAK RASA SANGAT pun. Mungkin sebab aku lebih mencari kebenaran, dan aku lebih bersifat mendengar cerita kedua belah pihak sebelum memutuskan sesuatu. Dahh..apa aku merepek kaitan kem kenegaraan dengan membuat keputusan ni!!

Module program ni tak susah. Folo je jadual program dengan baik. Peraturan pun tak susah. Boleh pakai handphone cuma jangan bunyi atau dijawab ketika program berlangsung. Tapi kalau nak gayut tak tidur malam kat dorm sikit pun tak dihairankan. Menjadikan aku hairan bila Pooh kata tak boleh guna handset. Selain itu, makanan juga enak. Menjadi lebih enak bila makan beramai-ramai bersama kawan baru. Dewan makan jadi hingar macam tebuan balik sarang. Tapi lepas tu senyap sekejap bila penghulu nak baca doa. Kemudian bising semula. HAHA

Oh selain itu, walaupun kami semua tinggal di dorm yang very open air, ventilation sikit punya nyaman (kata dalam hutan), tapi langsung aku tak perasan kalau ada nyamuk yg berterbangan menghisap darah-darah manis kami ewah. Canggih betul sistem pemagaran di situ. Ha, lagi, jurulatih-jurulatihnya sangaaaaaat la sporting dan menyeronokkan dengan jenaka-jenaka spontan dan 'sedikit dewasa' yg tetiba aku menjadi lambat tangkap. Ceh HAHA Dan motto kem yg digunapakai oleh para jurulatih turut terserap pada kami semua sepanjang kem iaitu - "Jangan Susah Hati." Seriously, sikit pun tak susah hati.

Ha, tengok, jadual program. Tak susah pun. Masa ceramah dan dialog pasang telinga, dengar baik-baik. Masa LDK, join sesungguh. Masa bersenam, kasi tegang urat-urat yg jarang disenamkan. Masa makan, habiskan. Masa tidur, bermimpilah. Mimpi adalah kunci untuk kita... oh, suka benar lagu Laskar Pelangi.

Benda aku paling ingat diajar di sini ialah lagu BELON dalam aktiviti LDK. Untuk menyanyi lagu ni, setiap patah perkataan perlu ada gaya. Dan di-conduct oleh seorang wakil di depan yg SubhanAllah kelakar sangat sepanjang program ni. Melodi lagu ikut suka hati rasa sendiri. Tapi liriknya begini :

Saya ada BELON
BELON saya besar
Kalau tidak besar
Bukan BELON saya

Kemudian aku berasa touching-touching sikit bila lirik lagu ditukar kepada :

Saya ada IMPIAN
IMPIAN saya besar
Kalau tidak besar
Bukan IMPIAN saya

Eleh itu pon nak touching. Tapi menjadi macam aneh-aneh gitu bila fasilitator tukar lirik kepada berikut :

Saya ada HEKHEK (hekhek di sini merujuk kepada apa saja yg anda mahu fikirkan)
HEKHEK saya besar
Kalau tidak besar
Bukan HEKHEK saya

Ok, maka, HEKHEK boleh menjadi apa sahaja. Replace the HEKHEK.

Antara program lain yg aku paling suka ialah masa senaman. HOHO setiap petang perlu bersenam. Ada senaman biasa, chicken dance yg menjadi lebih seksi, kemudian ke poco-poco. Syok habis menari poco-poco ni walaupun baru belajar peringkat pertama. Seronok bila tengok aksi jurulatih yg macam expert tp lagi seronok tengok peserta lelaki yg keras menari. HAHA. Oh, ujian fisiologi saya sedikit lari. Ceh, sedikit ke? Umur 23, tapi fisiologi badan berumur 30 tahun. Ok, ok, I get the point. Saya perlu lebih cergas dan aktif.

HAAAAAA tapi senaman paling seronok adalah pada hari keempat iaitu Senam Tari Malaysia yg dibawakan khas secara audio oleh Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan. Senaman yg makan masa lebih setengah jam ni memang happening. Senaman ni menggabungkan hampir kesemua jenis tarian etnik bangsa yg ada di Malaysia. Memang mencabarlah walaupun diulang banyak-banyak kali. Memang basah lenjun jugalah badan nak ikut setiap gerak tari. Amat di-recommend kepada seseiapa yg senang bersenam di depan tv atau laptop. Bersenam betul-betul ok, bukan bersenam jari di depan laptop. Boleh download video di website kementerian tersebut. Nak download tarian lain pon boleh.


Kami juga dihidangkan dengan filem 1957 Hati Malaya. Memang selama ni nak tengok cerita ni, tp sebab keluar kat wayang je, terus tak ada kesempatan tengok. Alhamdulillah dapat tengok wayang free dengan kawan-kawan baru di BTN. Bila amik seat belakang, memang dunia ana yg punyalah. Duduk seselesa mungkin dengan hidangan snek yg aktif sepanjang wayang. Oh, filem ini antara filem yg wajib ditonton rakyat Malaysia. Sempena kempen 1 Malaysia, amat menyarankan supaya kerajaan tayang filem ni di semua rangkaian televisyen beberapa hari berturut-turut kasi brainwash semua otak yg menghadap tv. Amik kau. HAHA

Tapi memang seriously bermakna. Meremang bulu roma bila adegan mengumpul derma untuk ke London oleh Tunku Abdul Rahman. Ok baiklah, bukan meremang saja, malah aku dah meleleh-leleh menangis di belakang. Tapi tak segan pun, sebab MEMANG BERMAKNA (perlu ulang berkali-kali. yeah~) adegan tersebut dalam mencapai kemerdekaan. Selamat Menyambut Merdeka ewah tetiba. Adegan menyanyikan lagu Negaraku pon buat aku rasa nak berdiri. HAHA. Ketua fasi ada cerita..

"Masa kita tayangkan pada pelajar sekolah rendah beberapa bulan lepas, untuk adegan menyanyikan lagu Negaraku, semua pelajar bangun berdiri tegak menyanyikan bersama-sama. Saya tengok kiri kanan semua pelajar bangun, saya jadi segan. Saya pun bangun sekali. Tapi saya tak nampak suasana tu di sini.."


Oh, percayalah, semua orang rasa nak berdiri masa nyanyi lagu tu. Cuma segan je. HEHE


Selain itu, semua aktiviti adalah aktiviti lazim dalam sesebuah kem. Ada kembara dan lain-lain. Cuma peringkat kursus adalah berbeza. Dimaklumkan kursus kenegaraan untuk pelajar sekolah berbeza dengan kursus kenegaraan kami (Master PhD ke Luar Negara). Sebab kembara diorang merentas sungai, kami cuma merentas denai dan hutan belantara. Ewah. Mencabar tau, sampai member bercalar badan buat aksi stunt.

Jadi, apa yg diperoleh sepanjang dan dari kursus?


Oh, banyak. Antaranya :

1. Ilmu. Banyak sebenarnya perkara tentang negara yg kita tak tahu, terutamanya kalau kita tak ambil tahu. Dan banyak juga perkara yg kita kena ambil tahu kalau kita tak nak buruk sangka dan salah faham terus menular. Namun, lagiiii banyak perkara yg kita boleh persoalkan pada fasilitator tentang apa jua yg berkaitan negara. Sejarah, pendidikan, sosial, politik lah paling best. Mereka akan menjawab dengan padat dan penuh gembira. Ilmu paling menarik aku tau ialah mengenai Kesultanan Melayu Melaka yg membuatkan aku rasa nak buat PhD dalam tajuk tu. InsyaAllah. Contoh soalan menarik ialah, tahukah kamu bahawa penghapusan etnik Melayu pertama di dunia dilakukan di pantai Melaka? HAAAA


2. Minda yg lebih terbuka dan rasa ingin tahu yg tinggi. Untuk aktiviti bersifat ceramah yg kedengaran bosan, siapakah yg mampu bertahan sangat untuk aktiviti sebanyak 8 sesi ceramah. 8 ok, 8.Namun, kerana input yg banyak dan persoalan yg dibangkitkan berat-berat, jadi rasa nak tidur disekat dan digantikan dengan pengaktifan neuron-neuron yg galak mencerna maklumat baru. Lepas tu asyik rasa nak mempersoalkan dan menjawab je dalam LDK.

3. Catatan pengalaman penceramah yg bukan sedikit. Paling terkesan dengan ceramah Patriotisme oleh Jeneral (B) Zaini. Beliau adalah individu yg melumpuhkan al-Ma'unah di Bukit Jelatik dulu. Bukan jasa dia yg banyak dia cerita. Dia lebih kepada menyelongkar foto-foto hitam putih dia dan bercerita kenangan dan pengalaman dari situ serta menerapkan mesej-mesej patriotisme dalam setiap ceritanya.

4. Oh, pastilah kawan-kawan baru. Paling tua dalam kursus ni sekitar 40 tahun. Paling muda 21 tahun. Terus sambung Master lepas degree. Variasi umur tu membuatkan semua orang ada pengalaman dan cerita masing-masing yg boleh dikongsikan. Berbeza-beza, namun masih bermakna dan menarik. Dan aku sebagai antara yg paling muda, pastilah lebih seronok mendengar. Walaupun tak pernah kenal, atau tak sempat tanya nama, tapi setiap kali berborak di bilik, di dewan makan, di dewan ceramah atau ketika sesi senaman hatta ketika di dalam bilik air, mesti meriah dan bercakap banyak banyak sangat topik pulak tak habis-habis. Group aku pulak adalah satu-satunya group yg meletakkan belia-belia muda remaja dan bujang sahaja. Paling tua 25 tahun dan paling muda 21 tahun. Orang muda..maka, banyaklah cerita orang muda, tapi kurang pengalaman masa nak membidas dalam aktiviti LDK. HAHA

Group 9 yg muda belia~ Yeah~

Oh, perempuan memang ramai. Lelaki adalah yg paling sedikit antara semua group - 3 orang je.

5. HEHEHEHEHEHEHE. Gambar formal peserta beserta nama dan...NETWORKING semua peserta. Setiap orang perlu menulis nama, alamat, no telefon, email dan universiti yg dituju dalam satu borang networking dan semua orang akan dapat maklumat setiap seorang peserta kursus. Maka, bolehlah tengok gambar dan select calon-calon terbaik anda lantas segeralah menghubungi mereka untuk tindakan lanjut. Bertenang, bukan mencari calon suami atau isteri, tapi mencari rakan-rakan yg akan menuju ke tempat sama, maka mudahlah untuk berkomunikasi dan saling tolong-menolong ketika di sana. Tapi kalau masih single dan nak cari pon boleh. Silakan.


6. Sedikit sebanyak catatan ilmu pengembara (tipu) dan 'cenderahati'. Ewah. Pergi mana-mana kursus pun at least akan dapatlah beberapa kertas kerja yg relevan. Tidak terlepas kursus ini. Boleh digunakan di masa depan bila-bila masa yg dirasakan sesuai. Contohnya masa tua-tua nanti bolehlah mencanangkan kepada anak cucu tentang Wawasan 2020 kalau mereka dah lupa atau tak pernah tahu. Ewah hendak ke mereka dengar??

7. Hubungan yg berterusan. Ewah. Jangan suspicious sangat. Maksudnya, hubungan antara ahli kumpulan aku masih rapat dan baik selepas kursus. Kami masih update satu sama lain malah bersama-sama menghadiri walimatulurus group leader kami, Encik Muhammad Syafiq yg berlangsung 2 minggu selepas kursus. See? Ikatan yg terus terjalin. Mengambil dan memberitahu tentang tarikh keberangkatan, cara-cara menguruskan visa, kos sewa termurah di tempat pengajian dan lain-lain. Berasa lega dan bertuah, semakin ramai member yg boleh membantu InsyaAllah.

Masa majlis ni jumpa 3 orang lagi kawan baru. Memang berkesan networking tersebut.

Kami wanita. ewah
Sempat shoot dengan pengantin di luar dewan je.
Encik Muhammad Shafiq dan pasangannya Puan Farah Hafeeza. Mereka ni dah 10 tahun bercinta, sejak dari form 3. Finally they got married.. ^___^ Happy ending and beginning~
Cute sangat diorang ni bila selongkar www.fymso.com


8. Dan terakhir (cukup-cukuplah tu), sijil kursus ni melayakkan aku untuk tidak mengambil PTK 1 kalau kerja dengan government nanti! Yeay~~~~

Uish banyaknya tulis. Cukuplah.

Kesimpulannya, bagi aku, kursus kenegaraan tak teruk pon. Sebenarnya yg menjadikan sesuatu perkara tu baik atau buruk adalah minda kita. Kalau kita mencari kebaikan dan ke-positifan dalam sesuatu perkara, even perkara yg orang rasa teruk, maka kita akan menerimanya dengan baik. Sebaliknya kalau kita memang jenis nak cari yg buruk dan negatif tentang sesuatu, hatta sesuatu yg baik pon, maka kita akan terus-terusan bersikap negatif, salah faham dan buruk sangka terhadap sesuatu tersebut. It's all in your mind. Mungkin kerana aku memang berniat nak mencari yg baik dan baik-baik belaka sepanjang kursus, maka aku balik dengan pelbagai kebaikan, langsung tak rasa macam nak buruk-burukkan. Eh, lagipun kursus ni memang seronoklah! Tak tipu. ^____^

Pesanan penulis, pergilah berkursus kenegaraan! Lalalai~

10 comments:

  1. hoho dulu aku pun penah pergi program BTN ni lepas matriks.. tapi 3 hari 2 malam je... hoho aku download hati malaya tapi blom tgk lagi.

    ReplyDelete
  2. adian nak tengok lagi hati malaya..

    ReplyDelete
  3. ini saya rasa pandangan paling ikhlas tentang kursus BTN yang didakwa perkauman.

    saya sangat bertuah baca artikel tuan blog ini dan saya berhasrat menyalinnya dalam blog saya.

    semoga dapat memberi kefahaman jelas kepada saya especially dan kepada rakyat Malaysia apakah yang sebenarnya berlaku di dalam kursus tersebut.

    cik aisyah bagus jadi penulis novel ! saya sokong...

    tulis blog pun boleh meletup jika rajin...


    tahniah ye.


    salam.

    ReplyDelete
  4. History is written by the victors....

    Silalah cerita silibus didalam ceramah tu...

    ReplyDelete
  5. Salam perjuangan semua,

    Kepada empunya blog ni, diucapkan tahniah dengan ulasan dan pandangan ikhlas penulis berkaitan dengan outcome untuk kursus BTN ni.
    Kepada bloggers2 pejuang bangsa yang lain, bolehlah link kan blog ni di blog masing2...(maaf kerana sy belum bersedia untuk ada blog sendiri..insyallah, nanti)

    Nik
    Daejeon

    ReplyDelete
  6. Cik Aisyah, bagaimana dengan penerimaan orang tua selepas cik Aisyah pulang dari kursus BTN? Bukan apa, di permulaan tulisan, Cik Aisyah katakan bahawa Cik Aisyah telah "... dididik dari kecil supaya menjauhi kursus, seminar dan lain-lain yg bersifat kenegaraan".

    ReplyDelete
  7. RAMAI NAK TENGOK KOMEN NEGATIF SAUDARI DI SINI TETAPI HAMPA.

    KESIAN KERANA MEREKA ADALAH DARI KALANGAN HATI HATI NEGATIF/KOTOR DAN KEKOTORANLAH FOKUS UTAMA MATA MEREKA.

    KESIAN...

    ReplyDelete
  8. saya juga merasai pengalaman yang sama dengan saudari..kenangan tidak dapat dilupakan dan yang paling penting saya lebih menghargai keamanan negara saya.

    ReplyDelete
  9. Nak kenal manusia...tengok hatinya.Kalau hati baik..wajah nampak ceria. Kalau hati busuk...wajah nampak kerosot, kerot dan herot.
    Semoga Adik Cah bahagia selalu.

    ReplyDelete
  10. salam semua...

    saya langsung tak pernah perasan tentang komen2 di entry ini. maaf.. T_T

    apapon, benar, BTN banyak memberikan saya kesan2 positif yg saya masih gunapakai hingga kini apabila berada jauh dari negara sendiri. alhamdulillah...

    syukur, kawan2 saya ramai yg akan habis belajar dan pulang ke tanahair, menyahut seruan semasa di BTN dulu utk berkhidmat dengan negara. insyaAllah...

    ReplyDelete