Nak beritahu satu dunia, saya akan pulang lagi ke Malaysia hujung bulan ini, insyaAllah. Kemudian insyaAllah datang semula untuk konvo pertengahan disember.
Tapi sebelum itu, perlu sabar sabar dan sabar untuk menunggu saat pulang. Perlu sabar dan tekun menyiapkan kerja yg baaaaaanyak ni dalam baki 3 minggu. Dan semoga semuanya lancar dan Allah permudahkan urusan dan melembutkan hati panel-panel penilai.
Doakan saya lulus dan konvo pada 17 disember 2011. Aminn. Mohon dengan sangat. Terima kasih.
Berusaha berusaha!!
Oh,
Hari ini, saya mengingati rakan-rakan di Malaysia terutamanya. Ramai rakan-rakan yg sangat membantu. Akhir-akhir ini, rakan-rakan memang banyak membantu urusan hidup, hati, jiwa dan minda saya. Ramai. Saya baru perasan dengan sebenar-benar perasan. Walaupun kecil sumbangan mereka, tapi bermakna dan memudahkan saya. Anda tahu siapa anda. Haha cliche.
Syukur Allah mengirimkan penolong-penolong dari sisiNya untuk membantu hamba. Hamba mahu bersyukur. Hamba mahu membuat segalanya yg Engkau kirimkan kepada hamba ini dengan sebaiknya. Izinkan hamba Ya Allah.
Dan semoga, Dikau permudahkan urusan rakan-rakanku yg telah banyak membantuku di dunia ini dengan sebaik-baik ganjaran di akhirat.
3 minggu lagi. Usaha sesungguhnya dan pulang!
0 comments:
Post a Comment