I have to write this down... So I will remember InsyaAllah, and others could learn from it.
Ketika Malaysia menghampiri waktu solat Jumaat, saya sms Abah mohon doakan saya yg sedang kritikal di sini. Mohon Allah luluskan pengajian saya, urusan dipermudahkan, hati ditabahkan, semangat dikuatkan dan lain-lain.
Kemudian Abah balas -
InsyaAllah, tiap hari pun abah solat hajat untuk Ai dan anak-anak lain, sabar, tawakallah selepas usaha, jangan fikir lain-lain.
Abah dan emak ada 5 orang anak yg sedang belajar. Semua sedang belajar di sekolah dan universiti masing-masing. Dan tahun ini, abah dan emak ada 3 orang anak yg ambil peperiksaan besar - saya, Laily dan Adek.
.......
Semoga Allah terus merahmati dan menyayangi abah dan emak.
Dan semoga, kami semua mampu menyenangkan dan menggembirakan hati mereka selagi mereka masih dipinjamkan Allah. Semoga kami menjadi anak-anak soleh dan solehah.
....dan semoga, Allah binakan untuk kami sekeluarga sebuah rumah di syurga bersama Rasulullah. Aminn.
Kepada yg membaca ini, mohon doakan saya lulus semester ini dan pulang berkhidmat kepada Malaysia. Mohon dengan sangat. Terima kasih. Semoga Allah membalas doa anda pada saya dengan memakbulkan semua doa dan hasrat kalian semua...
0 comments:
Post a Comment