Seminggu lepas saya sibuk menyelesaikan buku kecil ini. Oh, ia memang buku kecil, tapi ia adalah Professional Project Report yg perlu diedar-edar kepada penilai pembentangan projek akhir saya awal hujung bulan ini. Perasaannya? Jangan tanya... Saya sangat negatif beberapa ketika lepas hingga saya langsung tidak mengerjakan sebarang kerja projek pada minggu lepas. Ironi me. Noted. Thanks.

Saya menyedarkan diri. Bahawa nanti ketika pembentangan, saya tidak perlu merasa saya membentang sebagi seorang pelajar. Sebaliknya lakukan pembentangan sebagaimana selayaknya seorang arkitek membentangkan projek.
Ya, dan itu menaikkan self esteem dengan sangat banyak. Saya tak pernah perasan betapa superior nya kuasa pemikiran yg positif itu. Syukur alhamdulillah..
Sepanjang tempoh kurang positif itu, saya banyak mengerjakan atau menguruskan beberapa perkara peribadi yg lain. Contohnya, membeli tiket pulang ke Malaysia lagi hujung bulan ini. Selain itu, saya dikirimkan beberapa potong ayat semangat dari Allah melalui penolong-penolong dari sisiNya untuk membantu saya mendiami dunia lebih baik insyaAllah. Alhamdulillah...
Kadang-kadang bila berasa lelah, terus tidur dan malas menyesakkan otak. Walhal otak free je tak ada kesesakan lalu lintas... T_T

* * * * *
"Aku akan temankan kau A'ai. InsyaAllah aku temankan kau. Aku janji aku takkan cakap apa-apa. Aku akan tengok dan diam aje. Aku akan temankan kau, InsyaAllah."
Jatuh air mata terharu berbakul-bakul. Ya, demi membetulkan yg tidak benar. Syukur diberikan semangat, teman dan kekuatan untuk betul-betul bermujahidah kali ini. Moga kali ini hamba benar-benar-benar nekad melakukannya.
"You were always there for me pun. I'll be there for you as well."
Thank you so much. Semoga Allah mempertemukan jodoh kau secepat mungkin kerna membantu aku dan rakan-rakan kau yg lain.
* * * * *
"I know I could always count on you my friend!"
Yess you know I always support you for that?? And I always want and pray the best for you. Because you deserve every best of the world for your kindness my friend... ^_^
* * * * *
'Tak pa lah.. Yg penting you dah tahu sekarang, dan tahu apa yg you patut or tak patut buat after this. Besar pengajarannya pada you semua ni. Tu la... Mak-mak orang tengok you ni, mudah sangat nak percaya. Susah gak jadi orang boleh dipercayai ni kadang-kadang..."
HAHA That's funny! Well, this is NOT the first time trust betrayed me. But that's the best way to reveal the true colour. Could never ask more.. Alhamdulillah.
* * * * *
Jadi, dalam baki tinggal 3 minggu ini, saya mahu ringankan kepala ini membuat dan menyiapkan kerja sebaik mungkin insyaAllah.

Kemudian pulang ke Malaysia dan laksanakan pelbagai perkara yg asyik tertangguh. Ya, kali ini dengan semangat hidup yg diperbaharui. Moga-moga Allah terus memelihara saya berkat doa ayahbonda. Moga saya kuat berhadapan pelbagai perkara yg masa kecil masuk sekolah rendah, tak pernah terfikir untuk pergi dan bertindak sejauh itu dan ini.


Doakan saya. Aminn untuk doa anda semua. Terima kasih.
0 comments:
Post a Comment