Ya, saya dah sebulan pulang ke tanah air. Dan tinggal 10 hari lagi untuk terbang kembali membawa pulang segulung ijazah sarjana dan berbeg-beg-beg barang. Fuh!
"Apsal balik tak bagitahu?? Senyap je...."
"Saje.. hehe.."
A'ah, memang saja. Sebab balik ni kononnya tak mahu sibuk-sibuk. Mahu rileks-rileks berehat dan mengembalikan keremajaan kulit dan diri di rumah. Cewahh! Tapi kesudahannya, bak kata Ai, "A'ai yg aku kenal tak pernah tak buat apa-apa, tak pernah tak sibuk..."
Fine Ai, fine.
Maka, begitulah. Dah 2 minggu bekerja jadi cikgu di kem PERMATApintar. Tapi dah hampir 3 minggu di kem ni. Kebanyakkan masa masih tetap di rumah. Bahagia berumahtangga bersama keluarga tak sama dengan bahagia berumahtangga bersama rakan atau keluarga kecil sendiri. Wahhh propa! Maka, baiklah balik rumah dan bersenang-senang bersama keluarga~
Well, perancangan masa depan masih belum mahu jelas lagi oleh otak sendiri. Masih rasa malas atau sebenarnya samar-samar dan masih belum mahu terima hakikat yg banyakkkkkk lagi perkara nak buat.
Ok, terpaksa mengaku, saya sudah semakin kurang tabah.
Bila bercerita kepada rakan-rakan UKM bahawa saya sudah bukan Aisyah yg dulu, sikitttt pun mereka tak percaya. Aihh.. Begitu tinggi sekali kepercayaan mereka kepada diri dan ketabahan saya. Well, mungkin saya perlu percaya saja kepada kata-kata mereka dan terus berdoa. Mana tahu satu masa nanti diri kembali menjadi seperti itu. Well, who knows kan?
Yang pasti, saya baru diagnosis yg tulang vertebra saya yg ke-12, tidak sihat. Begitu juga dengan tulang pelviks. Patutlah akhir-akhir ni sangat mudah letih. Hmmm tak tahulah apa yg saya dah lakukan pada diri sampai boleh begitu. Apapun, yg pasti, Allah sedang ingatkan saya untuk kembali menjaga kesihatan diri. Allah ingatkan saya untuk kembali kepada sunnatullah, kembali menjadi manusia dan khalifah bumi. Paling penting, kembali menjadi hambaNya yg manusia.
Ok baik, banyak report nak kena submit ni sebelum nama yg glamer ni muncul dalam mesyuarat jawatankuasa untuk perkara tak best!
0 comments:
Post a Comment