Sekurang-kurangnya saya patut beri sikit gambar konvo kan? Atau gambar berjalan-jalan ke sana bersama keluarga.
Atau sekurang-kurangnya buat perkara-perkara yg produktif.
Hmmmm
Saya memang ada banyak perkara/perancangan nak buat yg betul-betul perlu dilaksanakan dengan semangat, azam dan kesungguhan. Tapi, betullah kata diri sendiri kepada orang sedikit masa dulu...
"Terlalu banyak berfikir menjadikan anda lebih lambat bertindak."
Ahah. Sila, sila jilat ludah sendiri semula. Sila tampar wajah di dalam cermin dengan lembut, tapi penuh kesedaran.
Well, sesetengah perkara perlukan pemikiran dan perancangan yg rapi dan lama.
Dan sesetengah perkara yg lain pula hanya perlukan gerak hati dan tindakan spontan.
Apapun, dalam kedua-dua kes, kita takkan tahu mana yg patut kita lakukan untuk memberikan hasil yg baik dan melegakan kita di masa depan. Only Allah knows kan?
Jadi, hiduplah! Dan bertindaklah!
p/s : Mode - procrastinate
Tak pernah dengaq pulak kata orang dulu2 yg macam tu, tapi ada betoinya tu...
ReplyDelete